Posts

Showing posts from May, 2016

Cabaran Berpantang Sendiri

Image
Hihuuu lama sungguh tak type new post kat blog. Maklum saja anak dah 3, mak bz sangat2 sampai tak menyempat nak berblogging. Syukur alhamdulillah, 18 April lepas aku dah selamat bersalin anak ketiga secara normal di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB. Anak ketiga ni dapat boy lagi, geng Abang Irsyad la ni. Berat lahir pun lebih kurang sama ; Abang 3.4kg, Adik ni 3.44kg. Panjang@tinggi dan ukur lilit kepala pulak exactly sama : 51cm & 34cm. Buat saspen je masa scan 36 minggu hari tu doktor kata baby agak kecik dan ukur lilit kepala pun agak kecik berbanding usia kandungan. Apapun syukur sangat bila lahir, baby normal dan sihat. Malah doktor kat wad tu kata baby besar berbanding baby lain yang lahir on that day. Dah tentulah aku tak risau pasal size dan berat, yang penting sihat dah cukup bersyukur. Cerita pasal kronologi (laaa sangat) nak bersalin ni, aku mula rasa contraction sejak petang Ahad 17 April tu. Actually few days before aku dah mula risau sebab dah 39 minggu+ tapi belum ada...