Posts

Showing posts from December, 2013

Resepi Masakan Ikan Semasa Berpantang

Image
Okay, kali ni nak senaraikan plak contoh resepi masakan ikan. Senang nak refer masa dalam pantang nanti. 1st time dulu bolehla, arwah mak yang jaga.. so tak ambil tahu pun apa yang boleh makan or tak. Tau2 bila lapar & sampai time makan, semua dah sedia. wawawaaa bahagia sungguh. Kali ni, merasa la masak masakan sendiri ye. Ikan yang boleh dimakan semasa pantang seperti di bawah ni : 1. Ikan haruan 2. Ikan yu 3. Ikan selar 4. Ikan gelama 5. Ikan jenahak 6. Ikan merah 7. Ikan tenggiri 8. Ikan kurau 9. Ikan bawal putih 10.Ikan senangin 11.Ikan kerisi 12.Ikan kod 13.Ikan bilis 14.Ikan siakap 15.Ikan salmon Nampak kat list tu, ada 15 jenis.. banyak kan. Tapi bukanlah semua tu senang nak dapat especially kat kedai yang aku slalu belanja lauk dan barang dapur tu. Kalau kat pasaraya macam Tesco & Giant mungkin la boleh dapat ikan salmon, ikan kod semua tu kan. Tapi takpela, ada 3-4 jenis pun dah ok. Aku pun bukanlah jenis cerewet bab makan ni. Okay, jom refer resepi2 kat ...

Makanan Semasa Berpantang

Memandangkan bersalin kali kedua ni nanti aku bercadang untuk berpantang sendiri, so sekarang ni tengah rajin mengumpul info makanan yang boleh dan tak boleh dimakan semasa pantang. Bolehla digunakan sebagai rujukan untuk diri sendiri dan juga my hubby yang akan mengambil alih tugas membeli sayur/lauk/barang dapur selama tempoh aku berpantang nanti ;-) Okay, meh la rujuk table kat bawah ni : Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang JENIS MAKANAN BOLEH TIDAK BOLEH AYAM & DAGING ·   Burung puyuh ·   Burung merpati ·  A yam hitam ·  A yam didik ·  A yam selasih ·  A yam kampung ·  D aging batang pinang ·    Ayam biasa (takut gatal) IKAN Penting: Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan Ikan haruan menyembuhkan luka. Ikan yu membanyakkan susu ...

Surah-surah Amalan Ibu Hamil

Image
Assalam. Entry kali ni nak share kan surah-surah amalan yang disarankan untuk ibu yang sedang hamil. Sejak disahkan hamil, aku terus mula mengamalkan bacaan surah-surah seperti berikut : Untuk memudahkan aku untuk membaca, aku pun cari la buku yang combine semua surah-surah ni. Akhirnya jumpa 1 buku ni, tajuknya Yasin Ibu Hamil keluaran  Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd . Harganya cuma RM7 sahaja, boleh beli online or cari je kat mana-mana kedai buku. Tanpa lengah masa, aku pun terus la cari buku ni kat 1 kedai buku kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Ye, memang ada ;-) Terus grab dan alhamdulillah setiap hari tak pernah miss baca. Bukan setakat surah, himpunan doa pun ada dimasukkan sekali seperti : doa keselamatan anak kandung, doa zuriat soleh, doa dikurniakan anak yang baik dan lain-lain.  Ringkas je entry kali ni, semoga bermanfaat ;-)