Posts

Showing posts from 2013

Resepi Masakan Ikan Semasa Berpantang

Image
Okay, kali ni nak senaraikan plak contoh resepi masakan ikan. Senang nak refer masa dalam pantang nanti. 1st time dulu bolehla, arwah mak yang jaga.. so tak ambil tahu pun apa yang boleh makan or tak. Tau2 bila lapar & sampai time makan, semua dah sedia. wawawaaa bahagia sungguh. Kali ni, merasa la masak masakan sendiri ye. Ikan yang boleh dimakan semasa pantang seperti di bawah ni : 1. Ikan haruan 2. Ikan yu 3. Ikan selar 4. Ikan gelama 5. Ikan jenahak 6. Ikan merah 7. Ikan tenggiri 8. Ikan kurau 9. Ikan bawal putih 10.Ikan senangin 11.Ikan kerisi 12.Ikan kod 13.Ikan bilis 14.Ikan siakap 15.Ikan salmon Nampak kat list tu, ada 15 jenis.. banyak kan. Tapi bukanlah semua tu senang nak dapat especially kat kedai yang aku slalu belanja lauk dan barang dapur tu. Kalau kat pasaraya macam Tesco & Giant mungkin la boleh dapat ikan salmon, ikan kod semua tu kan. Tapi takpela, ada 3-4 jenis pun dah ok. Aku pun bukanlah jenis cerewet bab makan ni. Okay, jom refer resepi2 kat ...

Makanan Semasa Berpantang

Memandangkan bersalin kali kedua ni nanti aku bercadang untuk berpantang sendiri, so sekarang ni tengah rajin mengumpul info makanan yang boleh dan tak boleh dimakan semasa pantang. Bolehla digunakan sebagai rujukan untuk diri sendiri dan juga my hubby yang akan mengambil alih tugas membeli sayur/lauk/barang dapur selama tempoh aku berpantang nanti ;-) Okay, meh la rujuk table kat bawah ni : Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang JENIS MAKANAN BOLEH TIDAK BOLEH AYAM & DAGING ·   Burung puyuh ·   Burung merpati ·  A yam hitam ·  A yam didik ·  A yam selasih ·  A yam kampung ·  D aging batang pinang ·    Ayam biasa (takut gatal) IKAN Penting: Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan Ikan haruan menyembuhkan luka. Ikan yu membanyakkan susu ...

Surah-surah Amalan Ibu Hamil

Image
Assalam. Entry kali ni nak share kan surah-surah amalan yang disarankan untuk ibu yang sedang hamil. Sejak disahkan hamil, aku terus mula mengamalkan bacaan surah-surah seperti berikut : Untuk memudahkan aku untuk membaca, aku pun cari la buku yang combine semua surah-surah ni. Akhirnya jumpa 1 buku ni, tajuknya Yasin Ibu Hamil keluaran  Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd . Harganya cuma RM7 sahaja, boleh beli online or cari je kat mana-mana kedai buku. Tanpa lengah masa, aku pun terus la cari buku ni kat 1 kedai buku kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Ye, memang ada ;-) Terus grab dan alhamdulillah setiap hari tak pernah miss baca. Bukan setakat surah, himpunan doa pun ada dimasukkan sekali seperti : doa keselamatan anak kandung, doa zuriat soleh, doa dikurniakan anak yang baik dan lain-lain.  Ringkas je entry kali ni, semoga bermanfaat ;-)

Scan 4D @ Minggu 29

Image
Sebelum ni tak pernah terlintas langsung pun nak buat scan 4D ni. Masa pregnant Insyirah 4 tahun lepas tak pasti plak dah ada ke blom scan 4D. Mungkin dah ada tapi belum famous macam skang kot. Masa tu tinggal kat Kuantan, checkup kat Klinik Kesihatan (KK) Jaya Gading. So scan semuanya buat kat KK tu je. Tak payah la nak ke swasta untuk scan ke apa. Pregnant for the 2nd time ni plak check up kat klinik desa (KD). Memandangkan kat KD takde pun mesin scan tu, so doktor suh la kita scan kat luar - aku pilih klinik swasta la. So far dah 3 kali scan. 2x scan untuk determine expected  due date, masa kandungan bawah 16minggu. Then after 28minggu kena scan skali lagi. Next appointment ngan doktor kat KD, diorang nak tengok la result scan tu. 2x scan sblom ni kat Poliklinik Yuslina Tmn Air Biru, kat situ ada scan 2D je. Untuk 28minggu ni tiba2 terasa nak scan 4D plak.hihi. Cakap kat hubby, dia as usual, ok je. Terbaik la, luv u b. ;-) Tanpa lengahkan masa terus la call Poliklinik Yuslina ...

Mengidam Tomyam Kelapa Muda

Image
Sebenarnya sejak 2-3 bulan lepas lagi dah mengidam nak makan tomyam kelapa muda ni. Puas mencari kat a few restoren sekitar JB ni, tapi takde 1 pun yang serve tomyam kelapa muda ni. Asal google je, mesti jumpa yang kat area Klang Valley..atoii stress makk. Tak boleh jadi ni, nak jugak merasa. So terusla plan nak pegi makan masa balik ke Selangor, which is on 2 November - Sabtu baru2 ni je. Banyak pilihan kat area Shah Alam, tapi aku decide untuk pilih 1 restoren ni, namanya Restoren Thai Village, Seksyen 13. ini dia yang diidamkan.hihi. sebelum masuk, snap gambar luar restoren dulu. Ni alamat restoren tu : Restoren Thai Village No. 52 & 54, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Tel : 03-55110232, 012-5193062  antara menu yang ada me at 6month's pregnancy.erkk so biggg ;-) kami order :  tomyam kelapa muda, nasi putih, nasi goreng, butter prawn, air kedondong+asam boi, air asam boi. Asalnya  nak peg...