Posts

Showing posts from July, 2020

Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Image
Post ni wajib aku type sebab ni sejarah dan kenangan penting tahun 2020 yang semua orang akan ingat sampai bila-bila. Kali pertama jugak aku  dengar perkataan ‘pandemik’ iaitu wabak besar atau penyakit berjangkit yang merebak melepasi populasi manusia bukan setakat satu negara atau benua tapi sehingga satu dunia. Apa yang aku tau, cuma less than 10 negara kat dunia ni je yang takde kes Covid-19. Selebihnya, semua ‘terkena’ wabak penyakit berjangkit ni.  Wabak Corona Virus Disease ni bermula di Wuhan, China sekitar Disember 2019, thats why nama ringkas yang digunakan adalah Covid-19. Dari China merebak ke negara-negara lain termasuklah Malaysia sendiri. Kalau tak silap kes pertama kat Malaysia  pada Januari 2020 tapi permulaan kluster yang besar bermula dari perhimpunan tabligh kat Masjid Sri Petaling pada mid Februari 2020. Salah seorang ahli tabligh tu ‘dapat’ virus Covid-19 tu masa kat Korea, sebelum hadir perhimpunan. Sejak dari tu, wabak bukan saja berjangkit ke ahl...