Karnival Upin Ipin 2015 @ MAEPS Serdang

Sempena cuti sekolah hujung tahun ni, aku dan hubby berkesempatan untuk bawa anak-anak ke Karnival Upin Ipin. Karnival tu selama 3 hari iaitu 20,21 & 22 November tapi kitorang pergi pada hari kedua - Sabtu 21hb tu. Actually seminggu sebelum karnival barulah aku perasan iklannya kat TV9. Padahal ada je diorang iklankan kat belakang majalah Upin Ipin yang Kakak duk beli bulan sebelum tu tapi takde pulak ibu perasan :-p Ikut plan asal, dari Pasir Gudang nak ke Bagan Serai, nak jalan-jalan cari makan @ jjcm 1 malam kat Bangi pastu 1 malam kat Ipoh plak. Tapi bila tau pasal karnival tu terus ajak hubby bawak anak-anak ke sana. Dia pun setuju, so jjcm kat Bangi dah bertukar agenda ;-) Mula-mula follow ig @karnivalupinipin, lepastu terjah pulak websitenya untuk beli tiket secara online. Memandangkan both anak bawah umur 7 tahun, so masuk free saja. Ibu ayah je kena beli tiket, Magic Hall RM35 dan Main Hall RM5 sorang. So total RM80 untuk 2 orang dewasa. Cuma perlu print slip @ resit ...