Tak Period Selepas 19 Bulan Bersalin

Sejak mengandung anak kedua sampailah umurnya 19 bulan @ 1 tahun 7 bulan aku langsung tak period @ datang haid. Total 28 bulan aku tak period bermula dari May 2013 sampailah September 2015. Waaa lama sangat kan. Memang Kotex kehilangan seorang pengguna setia macam aku ni sejak zaman belasan tahun lagi.haha. Ada tak ada pun cuma guna 3-4pek Kotex masa tempoh nifas selama 2 minggu selepas bersalin Irsyad. Ok bukan nak cerita pasal Kotex pun sebenarnya :-p Cuma nak cerita pengalaman diri sendiri sebab buat pertama kali tak period sejak bersalin sampailah anak umur 19 bulan. Selepas 19 bulan pun tak jugak period, tapi alhamdulillah aku pregnant untuk kali ketiga. Waaa satu surprise yang sangat menyeronokkan :-) Irsyad ni memang takde minum susu formula, fully direct breastfeed saja selain makan solid food sejak umur 6 bulan. So nak katakan breastfeed ni bantu jarakkan @ rancang kehamilan tanpa makan pil pun ya dan tidak juga. Sebab doktor bagitau ianya hanya praktikal untuk 6 bulan pertama...