Ramadhan & Syawal 2015

Rasa cepat sungguh masa berlalu sejak balik dari KK, lepastu masuk bulan Ramadhan lepastu bulan Syawal. Maybe sebab kita bz dengan macam-macam aktiviti, tu yang rasa pantas je masa. Syukur alhamdulillah tahun ni my hubby ada kat Malaysia sepanjang puasa dan raya. Tahun kedua berpuasa dengan breasfeed baby, aku dah ok dan takde masalah pening or loya. Extra letih dan haus tu memang tak dinafikan sebab Irsyad masih kuat menyusu walaupun dah makan solid food. So apa yang penting, waktu malam sebelum tido aku tak pernah skip minum susu putih + oat + horlicks or vico. Air masak pun aku akan habiskan at least 1.5litre, tak kisahlah walaupun kena keluar masuk toilet buang air waktu tido malam.hihi. Alhamdulillah, dapatlah berpuasa penuh tahun ni macam tahun lepas jugak. Selain tu amalkan makan kurma masa buka puasa, minum malam (or moreh lepas hubby balik tarawikh) dan masa sahur. Kakak pulak tahun ni berjaya puasa penuh 27 hari, plus 2 hari lagi half day. Ok sangatlah tu berbanding tahun lep...