Posts

Showing posts from May, 2015

Terjebak dengan Tupperware

Image
Sape tak kenal dengan jenama Tupperware kan, sejak dari aku kecik lagi memang dah famous jenama ni. Sampaikan semua bekas plastik pun kita panggil tupperware, dari dulu sampai sekarang la kan. Masa zaman kecik-kecik glamour sungguh party tupperware di kalangan mak-mak, makcik-makcik dan jiran tetangga. Tapi masa tu of cos la kita budak-budak ni tak ambik pot sangat, cuma suka kalau makcik buat party tupperware tu nanti ada makan-makan. So join mak pergi party tu tapi lebih kepada nak makan & main ngan sepupu dan sedara-mara la.hihi.  Sejak dah lebih 7 tahun kahwin ni pun, aku sebenarnya tak pernah beli walau sebijik pun produk Tupperware. Kat rumah ni ada la 3pcs bekas masa tu my hubby dapat hamper raya tahun 2008. Dan 3pcs tu saja lah yang ada sampai sekarang. Opss actually tinggal 2 saja, lagi 1 tak tau ke mana. Yang 2 ni pun salah 1 daripadanya tutup dah hilang, aiyooo. Punyalah tak amik kisah pasal produk Tupperware ni kan. Tapi kedua-dua bekas yang ada tu aku guna kadang-k...

Upah Mengecat Rumah, Membuat Gate dan Memasang Autogate di Pasir Gudang

Image
Hahaaa tajuk entry macamlah aku yang amik upah mengecat, buat pagar & pasang autogate tu kan. Saje je, kot ada sesiapa tengah search pasal tiga perkara ni kat google, Inshaa Allah akan berjumpa dengan entry ni dan harap dapat membantu la ye ;-) Rumah aku ni kat Pasir Gudang tapi mengupah orang dari Johor Jaya (autogate), Kempas (gate) dan paling jauh Pontian (cat). Takpela walaupun jauh, masih dalam kawasan yang diorang amik tempahan pun.  Sebelum decide untuk pilih or upah siapa, as usual kena tetapkan budget dulu. Pastu survey la 2-3 tempat mana yang boleh bagi the best price. Finally, me and hubby decide untuk upah orang yang sama buat pagar dan pasang autogate untuk rumah kawan my hubby. Memandangkan kawan tu buat ok dan takde masalah, so kitorang follow je la.  tengahari buta ibu suh posing depan pagar baru 😁 ok ni final output selepas cat dan ganti gate + autogate. lagi cun kalau lantai tu tiles kan.hihi. next budget plis. close up sket rupa pagar :-) Pagar @ gate t...