Posts

Showing posts from 2015

Karnival Upin Ipin 2015 @ MAEPS Serdang

Image
Sempena cuti sekolah hujung tahun ni, aku dan hubby berkesempatan untuk bawa anak-anak ke Karnival Upin Ipin. Karnival tu selama 3 hari iaitu 20,21 & 22 November tapi kitorang pergi pada hari kedua - Sabtu 21hb tu. Actually seminggu sebelum karnival barulah aku perasan iklannya kat TV9. Padahal ada je diorang iklankan kat belakang majalah Upin Ipin yang Kakak duk beli bulan sebelum tu tapi takde pulak ibu perasan :-p Ikut plan asal, dari Pasir Gudang nak ke Bagan Serai, nak jalan-jalan cari makan @ jjcm 1 malam kat Bangi pastu 1 malam kat Ipoh plak. Tapi bila tau pasal karnival tu terus ajak hubby bawak anak-anak ke sana. Dia pun setuju, so jjcm kat Bangi dah bertukar agenda ;-)  Mula-mula follow ig @karnivalupinipin, lepastu terjah pulak websitenya untuk beli tiket secara online. Memandangkan both anak bawah umur 7 tahun, so masuk free saja. Ibu ayah je kena beli tiket, Magic Hall RM35 dan Main Hall RM5 sorang. So total RM80 untuk 2 orang dewasa. Cuma perlu print slip @ resit ...

Tak Period Selepas 19 Bulan Bersalin

Image
Sejak mengandung anak kedua sampailah umurnya 19 bulan @ 1 tahun 7 bulan aku langsung tak period @ datang haid. Total 28 bulan aku tak period bermula dari May 2013 sampailah September 2015. Waaa lama sangat kan. Memang Kotex kehilangan seorang pengguna setia macam aku ni sejak zaman belasan tahun lagi.haha. Ada tak ada pun cuma guna 3-4pek Kotex masa tempoh nifas selama 2 minggu selepas bersalin Irsyad. Ok bukan nak cerita pasal Kotex pun sebenarnya :-p Cuma nak cerita pengalaman diri sendiri sebab buat pertama kali tak period sejak bersalin sampailah anak umur 19 bulan. Selepas 19 bulan pun tak jugak period, tapi alhamdulillah aku pregnant untuk kali ketiga. Waaa satu surprise yang sangat menyeronokkan :-) Irsyad ni memang takde minum susu formula, fully direct breastfeed saja selain makan solid food sejak umur 6 bulan. So nak katakan breastfeed ni bantu jarakkan @ rancang kehamilan tanpa makan pil pun ya dan tidak juga. Sebab doktor bagitau ianya hanya praktikal untuk 6 bulan pertama...

Ramadhan & Syawal 2015

Image
Rasa cepat sungguh masa berlalu sejak balik dari KK, lepastu masuk bulan Ramadhan lepastu bulan Syawal. Maybe sebab kita bz dengan macam-macam aktiviti, tu yang rasa pantas je masa. Syukur alhamdulillah tahun ni my hubby ada kat Malaysia sepanjang puasa dan raya. Tahun kedua berpuasa dengan breasfeed baby, aku dah ok dan takde masalah pening or loya. Extra letih dan haus tu memang tak dinafikan sebab Irsyad masih kuat menyusu walaupun dah makan solid food. So apa yang penting, waktu malam sebelum tido aku tak pernah skip minum susu putih + oat + horlicks or vico. Air masak pun aku akan habiskan at least 1.5litre, tak kisahlah walaupun kena keluar masuk toilet buang air waktu tido malam.hihi. Alhamdulillah, dapatlah berpuasa penuh tahun ni macam tahun lepas jugak. Selain tu amalkan makan kurma masa buka puasa, minum malam (or moreh lepas hubby balik tarawikh) dan masa sahur. Kakak pulak tahun ni berjaya puasa penuh 27 hari, plus 2 hari lagi half day. Ok sangatlah tu berbanding tahun lep...

Cuti2 Malaysia - Kota Kinabalu, Sabah (Day 5&6)

Image
Day 5 - 31 May 2015 Bangun pagi ni both ibu dan kakak dah semakin sihat, so hopefully takde dah episod muntah-muntah or sakit kepala. Aktiviti hari kelima ni adalah island hopping. My hubby kata bukan island hopping namanya sebab cuma pergi satu pulau saja.haha. Whatever la, janji dapat experience bawak anak-anak naik boat dan pergi ke pulau. Kitorang memilih untuk ke Pulau Manukan. Pulau-pulau lain yang ada kat sana ialah Pulau Mamutik, Sapi, Sulug dan Gaya. Around 9.30pagi kitorang keluar dari hotel untuk ke Jesselton Point Jetty. Sampai sana, lama jugalah menunggu my hubby carik parking cos almost semua tempat dah penuh. Lepas lebih 10minit barulah my hubby muncul dan kitorang pun terus ke kaunter untuk beli tiket. Kaunter no 5 - Borneo Ferry Tours & Travel jadi pilihan hati. Kitorang cuma nak ke Pulau Manukan saja dengan total bayaran RM85 untuk 2 dewasa dan seorang kanak-kanak, baby free saja. sementara tunggu ayah parking kereta, buat-buat comel pulak. beli tiket dulu. Lepas ...