Posts

Showing posts from May, 2014

Tukar Duit MYR ke AUD

Image
Tinggal seminggu je lagi sebelum kitorang nak 'terbang' ke Perth. So aku pun gigih la pegi carik money changer a.k.a pengurup wang untuk tukar duit. Tapi tapi tapi.. hasilnya sangatlah mengecewakan. 1st pegi kat Masai, bukan sekali tapi 2 kali pegi okay. Hari Jumaat & Ahad, dua2 kali pegi tu tak bukak. Or maybe jugak dah tak bukak, dah tutup, dah pindah dan sebagainya. Ok, surrender tak mau ulang untuk kali ketiga.  Seterusnya misi berpindah ke Tesco Seri Alam plak. Kali pertama pegi hari Ahad, orang tu cakap takde stok duit AUD, esok ada katanya. Ok noted di situ. Esoknya (semalam la tu) aku tak terus ke Tesco sebab takut blom ada. So pegi la pulak Permas Jaya sebab pernah tukar kat sana. Nama kedainya Tropiwang. Saja la try ke sana.. in case kalau xde, bleh pegi try kat Aeon Permas plak. Dekat2 je tu. Sekali tu, dua2 tempat pun takde stok duit AUD & taktau bila nak ada. Eh eh kat Aeon ada la, tapi tinggal AUD20 saja sekeping.haha. Adoiii nak buat tambang teksi dari ...